SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 24 Disember 2012

Banjir: Bandar Kuantan Hampir Lumpuh...


Salam..

Setelah hampir 48 jam hujan turun tak berhenti dari petang semalam, bermula malam tadi hujan turun selebat-lebatnya. Pagi tadi macam malas jer nak gi keje tapi memikirkan kunci opis ada pada aku, terpaksa redah jugak ler hujan yang lebat. Lebih kurang jam 10 pagi, hujan turun dengan amat lebat siap ngan guruh berdentum2 sampai kat pejabat tu blackout. Huuhhh...dah target confirm tempat rendah banjir kalau hujan berterusan...

Lebih kurang pukul 11.30, memang air naik dengan mendadak di pusat bandar. Itupun aku dapat message dari kengkawan melalui wasap. Memang teruk banjir kali ni....paling teruk rasenya daripada tahun 2004 dulu. So, aku dapat gambar-gambar yang dikongsikan oleh kengkawan melalui wassap dan juga FB hari ni. Mungkin ada tempat yg dalam gambar nih air dah surut dan mungkin jugak air makin naik... Gambar-gambar kat sini adalah gambaran sebenar mase kejadian... Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga semuanya selamat... INSYAALLAH!!

 petronas di Jalan Lim Hoe Lek

 Junction jln kemaman-semambu, jln tg muhammad, jln beserah

 depan megamall

 Bank Muamalat, Jalan Tun Ismail

 Nie kat jln lim hoe lek depan stadium darul makmur. banjir teruk dan ada kenderaan tersangkut di dalam longkang kecil di hadapan kedai plastik

 sekitar jalan beserah depan sekolah SABS

 Jalan Tun Ismail

 Jalan Tun Ismail depan megamall

 depan Kamdar

 depan megamall dan KMC

 Medan Tok Sira


 Pusat Bandar Kuantan


Cowboy Jalan Wong Ah Jang

ini pulak kereta kawan aku di tempat kerja dia....nasib baik bateri cepat cabut dan tak kena computer box....


nasib baik ada kengkawan yang tolong rescue keta tu towing ke tempat lain...tqvm

Depan megamall jugak

 Lorong 28, Perumahan Semambu

keadaan dalam rumah member aku

 parking ECM

kereta terkandas di tempat paking ECM

Jalan Galing


 Depan megamall

 Jalan Mahkota


Taman Polo, Indera Mahkota 8


 amaran telah dikeluarkan oleh pihak berkenaan

Kawasan Malay Town

sehingga aku balik kerja jam 5 petang tadi, hujan masih lagi turun.....kengkadang lebat dan kengkadang renyai2 tetapi masih belum berhenti.

Kejadian banjir ini setiap tahun memang dijangkakan oleh penduduk bandar Kuantan ini cuma penduduk hanya perlu bersedia menghadapinya pada bila-bila masa. Yang tak sedap di dengar bila ada sesetengah pihak mengaitkan keadaan ini dengan parti politik. addduuhhaaii..

memang tak dinafikan sistem perparitan yang ada di bandar Kuantan ni agak kurang bagus tapi tak perlu rasanya kita asik negatif terhadap pihak lain. Sebelum kita menunding jari pada pihak perbandaran, kena jugak kita check diri kita. Yang kita sendiri dok buang sampah dalam longkang dan parit tu apa cerita pulak kan?? eerrmm...
Apa-apa pun aku harap segalanya akan cepat beransur pulih. Awasi anak-anak kecik kita sebab masa macam ni lah dorang suka main air.



1 ulasan:

suria berkata...

takut tengok keadaan banjir kat kuantan...moga2 semua selamat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...