SAHABAT ALAM MAYA

Selasa, 17 Januari 2012

TERIMA KASIH PM


ASSALAMUALAIKUM..

aku ni tak pernah jumpa mana2 Perdana Menteri (atau mantan) dari jarak dekat...
kalau ada program2 yang melibatkan PM, dari jarak jauh biasalah.

Jika berkesempatan untuk jumpa PM, aku cuma nak ucapkan TERIMA KASIH.
Aku berjaya tamat sekolah kerana bersekolah di sekolah kerajaan yang yurannya tak
membebankan mak bapak aku untuk menyekolahkan aku adik beradik.
Tak lupa waktu anak sedara aku tinggal di hospital kelas 1 selama 9 hari kerana H1N1,
keluarga aku tak perlu bayar satu sen pun..
Tak lupa pada juga Yayasan Al Bukhary yang menyediakan makanan untuk pelajar sewaktu
kelas tambahan kat sekolah anak sepupu aku.
 Buku2 teks yang aku dapat secara PERCUMA dari sekolah rendah sampai sekolah menengah dan banyak lagi bantuan yang aku dan keluarga aku serta orang lain turut sama dapat. 

MashaALLAH. Bila dikenang2, rasa nak menitik air mata.
Banyak sangat bantuan yang aku terima dari kerajaan rupanya.
Isu peribadi kita letak  ketepi.

Yang penting kita menjadi manusia yang bersyukur terhadap manusia lain.

Kita ni kadang2 kurang berfikir. Hai, kita kata kita benci pemerintah.
tapi bila dapat baucer buku, bila dapat bantuan itu, bantuan ini, kitalah nombor satu yang ambik.
Pastu kita tuduh pemerintah zalim. Hai, tak bersyukur punya manusia.

kita ini kan orang ISLAM. sesiapa yang memerintah maka aku mentaatinya....x gitu???
 berterima kasih lah pada manusia lain, dan bersyukurlah pada Dia..

ma lam yashkurinas lam yas kurillah (sesiapa yang tak bersyukur pada manusia dia tidak mensyukuri ALLAH) [Hadith at-Termidzi, Bab Memperbaiki Silaturrahim]


1 ulasan:

cinta siswi berkata...

sokong akak!!
ramai yg xreti bersyukur
dgn alsn sume tuh duit rkyat..
xsuke org cmtu.. hihi.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...