
Salam semua.
Secara tiba-tiba aku jadi rindu apabila melihat baitullah ini. Rindu
sangat-sangat. Di sinilah tempat yang paling indah di dunia tempat-tempat lain. Di sini jugalah tempat yg
paling aku rindu hingga terbawa2 dalam mimpi. Di sinilah tempat yang
sentiasa dalam ingatanku walaupun di mana saja aku berada. Ya Allah
semoga ada rezeki ku untuk sampai ke sini lagi mengunjungi rumah Mu.
Setiap kali aku menelek album gambar kenangan umrah ini....gambar inilah yang
membuatkan aku tidak jemu-jemu memandang. Di sinilah kiblat kita. Di
sinilah kita bersolat menyembah Allah dan berdoa padaNya. Setiap kali
jika selepas solat di sini...aku pasti akan singgah sebentar untuk
melihat rumah Allah ini. Perlahan-lahan airmata pasti menitis sebak. Aku
jadi sebak sebab perasaan gembira tidak terkata kaabah betul-betul
berada di hadapan mata aku. Kita lihat betapa ramainya umat Islam
bertawaf mengelilingi kabah dan berseru nama Allah Yang Esa. Perasaan
yang kita tak boleh dapat di mana-mana melainkan di sinilah tempatnya.

dengan hanya memandang kaabah pun kita sudah mendapat pahala ibadah.
Alhamdulillah. Ada 5 perkara apabila kita menatap atau memandang akan
mendapat pahala iaitu: 1. Al-Quran 2. Kaabah 3.Air Zam Zam 4. Ibubapa 5.
Alam semulajadi dan orang alim

umat Islam menunaikan umrah ketika ini dah mcm musim haji. Alhamdulillah

masa ni tak ramai sangat......rasanya di awal pagi selepas subuh

di dalam Masjidil Haram
selepas solat subuh sementara menunggu untuk melakukan solat dhuha yang mana selepas solat aku akan sentiasa berada di pagar ini untuk melihat kaabah sambil berdoa.
ini tempat saie...
saie - berjalan ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak
tujuh kali. Nampak tak lampu hijau pada gambar di atas....jemaah lelaki
disunatkan berlari2 anak di kawasan tersebut.
tempat ni sejuk ajer...kita akan rasa relaks sangat
pastikan sentiasa memegang buku doa kerana setiap kali kita berada di kawasan tertentu ada doanya.
kawasan saie ini juga terletak dalam Masjidil Haram

pengalamaan yg tidak boleh dilupakan ketika pulang dari solat
Jumaat.....penuh umat Islam dari segenap sudut. Pertama kali pengalaman
solat Jumaat di Masjidil Haram

ni pulak jalan di tingkat dua.....menurun terus ke bawah.

apabila tengok suasana macam ni aku jadi seronok sebab seluruh umat
Islam dari satu dunia berkumpul di sini. Macam2 jenis bangsa dari
pelbagai negara kita boleh lihat. Seronok sangat melihat senario mcm ni.
Pengalaman yg kita tak boleh jumpa di mana2 negara kecuali di tanah
haram ini.

Aku nak berkongsi lagi pengalaman menarik ketika aku berada di tanah
suci ini. Ada sekali tu aku pergi menukar wang Riyal di Money Changer.
Aku sajer tukar utk standby kalau kena excess masa nak balik di airport
nanti. Masalahnya kat sana....tak banyak tempat money changer. Pelik
pulak. Nasib baik Ustaz tolong bgtau aku kat mana nak tukar. Masa ni aku
tukar di pintu hadapan bangunan Bin Dawood ada satu Money Changer.
Punyalah ramai orang masa ni. Untuk jemaah wanita ada satu lane
ajer....yg lain semua lane utk jemaah lelaki. Dalam money changer tu
kelam kabut betul...huru hara. Orang money changer tu sambil dia mengira
duit aku...dia duk berbual dengan rakan sebelah. Akhirnya nak tau apa
jadi?
Aku menukar RM300 dan sepatutnya dia bagi 360Riyal. Tetapi dia bagi aku
560Riyal. Masa tu aku dah keluar dari barisan....aku duk mengira duit
aku...ehhh!!! kenapa berlebih ni? Ishhhh tak baik ambil duit yg bukan
hak kita....depan Masjidil Haram pulak tu. Anytime Allah akan ambil hak
kita pulak nanti. So, aku kembalikan duit yg lebih tu. Pak Arab tu pun
tercengang-cengang. Aku terus blah. Kita kena jujur sebab itu bukan duit
kita.
So, keesokan harinya nak dijadikan cerita. Aku mendapat rezeki lain yang
tidak disangka-sangka dari seseorang atas sesuatu urusan. Aku tak boleh
cerita di sini sebab ia satu amanah yang hanya aku sahaja yang tahu
benda ni. Nilai yang aku dapat itu sama dengan nilai duit lebih yang aku
pulangkan malam tadi masa tukar duit Riyal tu. Ya Allah....inilah
agaknya ganjaran yg aku dapat. Syukur sangat rezeki yang tidak
disangka-sangka.
Apa yang kita boleh pelajari di sini....kalau kita jujur atas apa jua
keadaan...kita akan mendapat balasan kebaikan juga. Kalau kita niat tak
baik di sana.....time tu juga kita akan mendapat balasan yg tidak baik
jugak. So, kena hati-hati di sana. Berbanyakkan membuat kebaikan di
sana. Jangan lupa selalu bersedekah....Insya Allah murah rezeki kita
nanti. Kat sana ramai pekerja2 am masjid yg memakai baju biru dan
hijau.....setiap hari bersedekah lah pada pekerja2 tu atau pada
pengemis-pengemis yg ramai kat luar masjid tu. Rezeki kita takkan putus
kalau kita selalu bersedekah. Jangan kedekut dengan rezeki yang ada.
ok...sambung lagi wahai kawan-kawan. Next entry Insya Allah entry terakhir ttg kembara umrah ini.
UPDATE:
Baca sini ---->> Catatan Perjalanan Umrah 2012 : Kota Mekah - Jeddah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan