SAHABAT ALAM MAYA

Khamis, 1 November 2012

BORANG BANTUAN BR1M 2.0 ONLINE


BRIM 2.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia.
 

Seperti yang kita sume sedia maklum, dalam Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri telah menyatakan kerajaan akan melaksanakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua yang juga dikenali sebagai BR1M 2.0. BR1M kali ini bakal membabitkan golongan bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250. BR1M 2.0 akan membabitkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Bagi yang telah menerima BR1M pada tahun ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, tetapi perlu mengemaskini status manakala pemohon baru pula boleh mendaftar mulai 1 November secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.
 
Semoga dengan pemberian baucar bantuan rakyat Malaysia ini dapatlah meringankan sedikit beban bagi penduduk di Malaysia. Kita juga perlu akui terpaksa menghadapi masalah dengan kenaikan harga barang yang sering berlaku hampir saban tahun. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan boleh terus menghubungi  pihak berkenaan bagi mendapatkan sebarang pencerahan.

Bagi yang ingin mendaftar secara online, boleh daftar kat sini ---->>  BORANG BR1M 2.0 Online




p/s : bagi yang rasa2 xnk terima duit ni, atau rasa gaji korang dah banyak x perlu nak kondem atau maki mana2 pihak ye...bagi yang x mampu macam kami memang dah cukup bersyukur dapat duit ni. 

Jumaat, 26 Oktober 2012

SALAM AIDILADHA




 Aidil Adha adalah simbolik kepada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan juga Nabi Ismail a.s... Apabila tibanya Hari Raya Aidil Adha ini akan mengingkatkan kita tentang pengorbanan baik dari segi harta, masa, jiwa dan sebagainya. Nabi Muhammad s.a.w sebagai penutup segala Nabi & Rasul telah mengorbankan hidupnya demi menjayakan misi iaitu membawa manusia keluar dari kesyirikan kepada penyembahan Tuhan Yang Satu. 
Begitu juga dengan para sahabat radiyallahu anhum berkorban di jalan Allah...

Apa pula pengorbanan yang telah kita lakukan setakat selama ini demi Allah...???


Khamis, 27 September 2012

Senangnyer nikah...


Assalamualaikum.....

Semalam aku g umah sorang jiran ni menolong apa yang patut untuk kenduri anak dia yang nak nikah ujung minggu ni........mak aaiii...meriah betul barang2 hantaran yang dah disiapkan. Suka aku tengok...

Balik dari umah tu, tetiba aku teringat masa orang datang minang adik ipar aku dulu. Bapak mertua aku dan ipar duai aku jer yang urus majlis pinangan itu....xde panggil orang kampung pun. Masa wakil lelaki datang tu dorang siap berpantun....maklum ler orang Johor...he3. Keluarga mertua aku ni pulak jenis yang tak pandai nak berbalas2 pantun, lagipun sebab tak sempat nak rangka......jadi abang ipar aku pun cakap, "straight to the point". Pihak lelaki pun jawab, "kami datang nak meminang"...

Ayah mertua aku kata, "ye, saya tahu..."

Wakil lelaki pulak kata, "macam mana kira ni?"
Ayah mertua aku pulak kata, "oklah, saya terus buat keputusan jelah ye.....kadar mas kahwin tu ikut budaya setempat la ye.....tapi hantaran kami tak letak......kalau nak bagi, kami ambil.....kalau tak bagi pun kami tak kisah......kalau rasa tak cukup duit, bagitahu kami, nanti kami tolong tambah"....

wakil lelaki semuanya jem...terkedu kejap...diam hampir 5 minit...saling tengok muka masing2. pastu bapak mertua aku kata, "kami nak ikut islam, kami tak nak ikut budaya melayu".....

seorang pak haji dari wakil pihak lelaki kata, "Senang nyeee...macam tu jerrr??"

Bapak mertua aku jawab, "Islam suka yang mudah-mudah....jgn susah2kan....kalau si lelaki rasa takde duit, bagitahu pihak kami.....nanti kami  cuba bantu sekadar yang mampu"..

Perbincangan itu tidak sampai 15 minit pun dan lepas tu makanan pun dihidangkan......aku bantu apa yang patut kat dapur jer ngan ipar2 yang lain....yelah, kalau bukan kami sapa lagi sebab x panggil orang pun.

alhamdulillah, sekarang adik ipar aku tu dah ada dua orang anak.....aku bangga.....sebenarnya senang je nak nikah ni.....




#Note : bapak mertua aku cakap dalam loghat kelate ler tapi aku dah translate kan loghat tu...hikhikhik


p/s : Agak ironi sebenarnya kalau asyik komplen mas kahwin dan hantaran mahal tapi dalam masa yang sama makan di Secret Recipe/ restoran mahal lain sampai beratus-ratus dan bergayut dengan kekasih sampai beratus-ratus bil telefon. Takkan kat mas kahwin/ hantaran je nak berjimat kot? Jimat di situ tapi kalau keseluruhan hidup memang jenis membazir, tak guna jugak.

Sabtu, 22 September 2012

Tonton Dan Menang Adam & Hawa : Raikan Peminat


Assalamualaikum...

Nampaknya drama bersiri Adam dan Hawa semakin menambat hati dikalangan penonton Astro termasuk ler aku...he3 (memang aku dh giler pun ngan drama ni...)


Semalam, aku ada ternampak satu promo best yang Astro ada meraikan peminat2 fanatik Drama Adam da Hawa ni dengan menganjurkan satu peraduan khusus yang dikenali sebagai Tonton Dan Menang Adam & Hawa. 

Bagi yang nak sertai peraduan ini, kita cuma perlu tonton drama bersiri Adam dan Hawa mulai episod 17 hingga 24, yang mana episod-episod tu akan mula ditayangkan pada 24 September hingga 4 Oktober 2012 di Astro Mustika HD saluran 134 (makna nya start Isnin ni lah...). Bagi yang xde Astro Mustika tu, korang boleh jer tgk secara online kat DAILY MOTION yang akan update dari episod 1 hingga terkini.

Kita cuma perlu jawab 8 soklan mudah yang mana satu soalan akan disiarkan setiap hari di laman web astro - peraduan adam & hawa sejurus selepas episod pada malam tersebut habis. Kumpul sume soklan2 tu dan jawab mulai 4 Oktober 2012 jam 10.30 malam hingga 14 Oktober 2012.

So, apa lagi??? Jom kita sama2 try....mana tahu ada rezeki boleh menang kan???....huhuhuhu
Hadiah yang ditawarkan antaranya:-
  • Hadiah Utama     : 2 tiket pergi balik ke Perth, Australia tajaan Pusat Pelancongan Australia.
  • Tempat Pertama  : Ipad 2 64gb
  • Tempat Kedua    : Ipod Touch 64gb 

Jadi, kenapa nak lepaskan peluang kan???








Jumaat, 21 September 2012

Kenapa sibuk berdemo tapi masjid kosong?? ....


Assalamualaikum...

We filled the streets with rage and anger because our hearts are empty when it should be full of love and fear.

Explains why sibuk berdemo mengamuk pertahan nabi tapi subuh masjid kosong senyap sunyi. Apa guna berbangga dengan 1 billion angka kosong?

Empty hearts mean empty life.

aku setuju dengan ambil ruang yang ada ini untuk menunjukkan cinta kita pada kekasih kita baginda Nabi Muhammad s.a.w...tapi bukan dengan cara menunjukkan kebencian.....berhimpun untuk mempamerkan bantahan tu memang hak....tapi rasanya pendekatan yang lebih baik itu tetap ada.....kalau di negara luar seperti mesir contohnya, naturalnya mereka memang brsifat keras......jaga al-quran, jaga sunnah2 rasul. bila kekasih mereka Rasulullah dihina.....(kekasih kita juga)....maka tidak hairanlah mereka berkasar.....tapi di malaysia??

aku bukan penghukum untuk meletakkan iman seseorang tu ditahap mana......tak semestinya mereka yg tidak join demo itu mereka yg imannya lemah....dan aku tak fikir umumnya orang Islam terlalu bodoh utk terpengaruh atau jadi lemah dgn filem "Innocence of Muslims" itu. wallahu'alam bisswab

#p/s: The change begins with you, people say. Sebab tu dunia masih porak peranda, nampak kutu dekat kepala orang sedang gajah dekat belakang tak perasan. Usahlah terlalu banyak berbuihkan mulut sedang diri masih takuk yg sama. Macam Allah sebut dalam Ar Ra'du ayat 13, the change begins with me, in my heart. Let's begin our revolution.



Rabu, 19 September 2012

wajarkah kita berdemo??? Kecoh pasal "Innocence of Muslims"....

Assalamualaikum....

aku agak sedih tengok keadaan demo bantahan filem "innocence of muslims" kat luar negara..kita ni terlalu ikut nafsu amarah sampai lupa pertahankan akhlak baginda Nabi Muhammad s.a.w.....

Bila ada filem atau isu nabi dihina, umat Islam bertindak dengan demonstrasi. Bagaimana pulak dengan mereka yang mengaku Islam tapi tak solat, tak berhijab, khurafat, rasuah, syirik dan pelbagai lagi? Siapa yang hina Nabi lebih dari orang barat yang berkemungkinan sememangnya jahil?

Dakwah Nabi s.a.w bukan sahaja tidak diterima malahan beliau dilontar batu sehingga berdarah kaki baginda. Nabi mempunyai pilihan untuk menghancurkan penduduk Taif namun baginda memilih untuk memohon keampunan
bagi kejahilan mereka dan berdoa agar ada keturunan mereka yang akan memeluk Islam. Hari ini, penduduk Taif adalah beragama Islam.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Ali Imraan 3:31)



 
 Demo anti-penghinaan Nabi Muhamamad S.A.W


Kita ni kalau sayangkan Nabi bukan sekadar hiasan di bibir. Sayangkan Nabi bukan setahun sekali menyambut Maulid. Sayangkan Nabi bukan dengan berdemonstrasi. Sayangkan Nabi adalah mengikut perintahnya dan mengikuti sunnahnya. Bukan memilih sunnah yang kita suka dan buang sunnah yang kita tak selesa atau tak suka. Imam Syafie berkata; "Sunnah Nabi s.a.w itu ibarat bahtera Nabi Nuh a.s. Siapa yang menaikinya (mengikut sunnahnya) akan selamat". Kalau kita sayangkan Nabi, buktikan melalui kehidupan seharian kita dan bukan setahun sekali atau apabila isu timbul.... Wallahualam....



Khamis, 13 September 2012

Catatan Perjalanan Umrah : Kota Mekah - Jeddah


Salam semua..


Episod terakhir aku di tanah haram. Fuhhhhh berentry-entry nak habiskan. Al-maklum stay di sana 12 hari maka banyaklah cerita-cerita dan gambar-gambar nak dipaparkan di sini. Banyak lagi cerita lain yang pending sebab aku nak habiskan dulu entry di tanah haram ni.

Hari terakhir kami di tanah haram. Malam tu kami ada briefing untuk penerbangan balik esoknya. Ketua rombongan kami, Ustaz Yahya ada penerangan sikit pasal air zam zam, beg kami yg berat sarat barat tu, jadual bertolak dan pasal tawaf widak esoknya. Flight kami jam 3 petang keesokan harinya tetapi jam 8 pagi kami dah kena berangkat meninggalkan tanah haram. So, pagi-pagi tu kami perlu melakukan tawaf wida' iaitu tawaf selamat tinggal......meninggalkan tanah haram. Kepada yang keuzuran, cukuplah hanya melakukan doa selamat tinggal sahaja.

Lepas kami ada briefing pasal flight malam tu...aku sempat lagi turun ke kedai kat bawah hotel tu untuk membeli apa-apa benda yang patut untuk kali terakhir sebab esok selepas melakukan tawaf dan doa wida' kami dah tidak boleh membeli-belah apa-apa.
Pagi tu selepas solat subuh dan melakukan tawaf wida', kami terus pulang ke hotel dan berkumpul di bawah lobi hotel bersama-sama dengan beg kami.

dari celah-celah tempat saie ini aku boleh melihat kaabah dan pintu multazam. Aku berdoa selamat tinggal di sini. Tanpa disedari air mata aku menitis lagi di sini....sebak rasanya hendak meninggalkan kaabah dan tempat suci ini. 


sumber gambar: google 

perjalanan ke Jeddah mengambil masa sejam setengah. Kami sepatutnya berhenti di Masjid Terapung Jeddah untuk solat jamak Zuhor-Asar tetapi disebabkan bas sampai agak lewat di hotel untuk mengambil kami semua, jadi Ustaz terpaksa batalkan untuk singgah di masjid terapung tu dan terus ke airport Jeddah.

Airport Jeddah dari kejauhan

 keadaan di airport Jeddah sebelum check-in....memang kepanasan sikit kami kat sana

Mr. Hubby pun tak tahan dengan kepanasan kat airport tu. Disebabkan kami sampai awal di Terminal Haji Jeddah tu, masa memang banyak lagi....so hanya melepak aje kat luar. Sempat la jugak kami solat Zohor dan jama' sekali kat situ.


Alhamdulillah urusan check-in kami di sini berjalan dengan lancar.

Di dalam flight perjalanan selama 8 jam....aku hanya tidur ajer. Tidur tak sedar diri...bangun hanya untuk berbuka puasa ajer. Siap steward tu kejutkan aku nak bagi makanan...hahahaha. Alhamdulillah semua dah selesai ibadah aku di sini. Aku juga dah selamat sampai ke tanahair. Sampai kat KLIA terus kami ambik teksi ke rumah abang ipar untuk ambik kereta yang kami tinggalkan kat sana dan terus balik kuantan sebab esoknyer pulak kami akan terus balik ke kampung untuk beraya. 
Alhamdulillah....insyaAllah, jika dipanjangkan umur aku akan ke sana lagi bersama keluarga aku lagi. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...