SAHABAT ALAM MAYA

Ahad, 13 November 2011

POPIA CHICKEN ROLL


Assalamualaikum...

Hari ni xde ke mana-mana....
duduk kat umah dan siapkan apa yang patut....betapa banyaknye kain baju yang perlu dilipat...
bab kain baju tang melipat nih yang kebanyakkan suri rumah (aku rase) dan orang2 yang bekerja mcm aku nih paling malas nak buat....kalau basuh, no problem....
hari cuti cam gini lah baru berkesempatan mop lantai, kemas rumah dan lap habuk2 yang singgah kat merata2 ceruk rumah nih....kalau x, memang penat dh nk buat lepas balik keje tuh...huhuhu

so, petang ni sempat gak aku goreng popia yang simple untuk minum petang sekeluarga sambil nonton TV.


MY RECIPE'S

Bahan-bahan:

1/2 paket Kulit popia
200gm daging ayam (dihiris halus)
1/2 biji lobak merah (diparut panjang)
200gm taugeh
200gm sengkuang
2 biji bawang merah (dihiris halus)

Bahan-bahan untuk sos pencicah:

100gm Cili kering
5 biji Bawang putih
2 kerek gula nisan
Garam
Gula
Cuka

Cara-cara:

Daging ayam, bawang merah direbus dalam api yang sederhana. Masukkan sedikit garam serta serbuk perasa. Lobak merah, sengkuang dan taugeh dicelur dalam air panas. Setelah siap ditoskan, bahan2 tadi dimasukkan kedalam bekas dan digaul hingga rata. kemudian, masukkan ke dalam kulit popia dan digulung.
Sedia utk digoreng.

Cara-cara utk membuat sos pencicah:

Rebus cili, kemudian kisar bersama bawang putih. Kisar dengan air yang banyak.
Masak bahan kisar tadi dengan api yang perlahan. Bila dan agak nak likat masukkan gula nisan dan garam.Gula dimasuk kalau gula nisan tak cukup manis.Kalau tak nak letak pun tak apa.
Bila dah nak tutup api masukkan cuka mengikut citarasa masing-masing. Sos pencicah ni pun boleh dimakan bersama keropok lekor.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...