Assalamualaikum...
huhhh....hampir seminggu gak x update entry kat blog....al maklum ler....cuti panjang...hehehehe
sebenarnya badan nih penat sesangat.....yelah, balik cuti lepas majlis tunang adik bongsu tu terus start keje....dah tu, keje kat opis tu bertimbun lak....rase x larat sangat dah nak mengadap komputer kat umah untuk update n3 terbaru....insyaAllah...kalau berkesempatan, nnti aku cuba update secepat mungkin.
Hari nih dah la sampai umah lewat. Jalan jem sebab jalan tengah repair....tension aku...terkejar2 pulak nak masak tadi....masak sempoi2 jelah malam nih.....
UDANG MASAM MANIS
MY RECIPE'S
Bahan-bahan:
600gm Udang Putih (besar)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris halus)
2 biji bawang putih (dihiris halus)
1 biji cili benggala (hijau/ merah/ kuning) - boleh jugak tukar kepada lada merah/ hijau
1 biji tomato
5 sudu besar cili sos
5 sudu besar tomato sos
2 sudu sos tiram
1/4 cawan air
garam & gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Gaul udang dengan garam dan gorengkan. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan gaul hingga rata.
4. Masukkan udang, gaul dan masukkan air. Masukkan lada benggala, bawang besar dan gaul rata.
Siappp....dah boleh hidang.
1 ulasan:
urmmm sedapnye!!! masuk blog ni terliur tgk smue huhu
Catat Ulasan