SAHABAT ALAM MAYA

Selasa, 25 Jun 2013

Berakhir sudah derita Angah pada hari Nifsu Syaaban


Salam semua...

 Angah dalam ingatan kami semua

Angah bersama Along n Sara

Salam takziah buat sahabat kami saudara Khairulnizam Mohd Noor dan keluarga adik Muhammad Amin Fahmi atau Angah yang telah kembali menemui pencipta pada hari Nisfu Syaaban, pukul 3.45 petang semalam setelah menderita kanser sejak berusia 2 tahun. Aku telah mengikuti perkembangan turun naik kesihatan penghuni syurga ini sejak 3 tahun lalu sebelum doktor mengesahkan tiada lagi harapan untuk menyembuhkan Angah mulai 32 hari yang lepas. Sesungguhnya anak kecil ini begitu kuat dan tabah mengharungi kesakitan. Mulut anak ini tak henti-henti menyebut zikir dalam kesakitan sepanjang masa. Kesakitan yang ditanggungnya sememangnya amat perit, tak boleh dibayangkan oleh kita. Permata ini akan menanti ibu bapanya dipintu Syurga. Kasih sayang dari semua yang mengikuti perkembangannya akan sentiasa bersamamu duhai anak. Dalam setiap ingatan kami padamu akan sentiasa kami iringi bacaan Surah Yassin dan Al-Fatihah walaupun kami tiada pertalian persaudaraan. Kekuatanmu, senyumanmu & mulut yang tak berhenti dari zikir akan sentiasa kekal dalam ingatan diri kami. Syukur Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kasih sayang dan rahmatMu, Angah pergi dengan senyuman. Berakhir sudah segala penderitaan yang ditanggungnya. Allah lebih menyayangi Angah.
 

 penghuni syurga yang pergi dengan senyuman.


Pesanan ayah Angah untuk semua:-




# terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan keluarga ahli syurga yang sangat kuat dan tabah menghadapi ujianMu. Ingatanku kepada Angah tetap di hati selamanya. 





1 ulasan:

Wak Gelas™ berkata...

salam ziarah dan selamat hariraya makk tuu..,ehHHee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...