SAHABAT ALAM MAYA

Jumaat, 14 Jun 2013

Sama-sama doakan keajaiban untuk Angah..


Salam semua..

ANGAH.....satu nama yang cukup menyentuh perasaan bagi sesiapa sahaja yang mengikuti kisah penderitaan si anak kecil ini. Aku mengenali dan mengikuti perkembangan Angah yang di update ayahnya setiap hari melalui FB. Walaupun tidak pernah bersua muka namun hubungan di alam maya dirasakan seperti keluarga sendiri bermula dari episod duka Angah mengidap kanser sejak berumur 2 tahun dan apabila dubur Angah terpaksa di operate akibat jangkitan. Sejak itu, kisah Angah sering aku ikuti perkembangannya.

Angah yang comel




Namun, sejak minggu lalu setiap kali membaca status mengenai Angah, air mata ini pasti gugur.
Allahurobbi....sedih sangat apabila mendapat berita tentang Angah (MUHAMMAD AMIN FAHMI)....walaupun bukan darah daging @ pertalian saudara tapi kami semua yang mengikuti perkembangannya sangat menyayangi angah.....harapan kami semua terlalu tinggi untuk melihat angah sembuh tapi itu semua kuasa ALLAH....hanya ALLAH sahaja Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk angah....
  

 status yang di update oleh ayah Angah pada 12.06.2012 (hari ke 20 setelah kanser Angah disahkan tidak boleh diubati oleh doktor)

 sambungan status ayah Angah hari yang sama
 
kepada sesiapa yang terbaca entry ini diharap dapat mendoakan kesihatan adik Amin Fahmi (Angah)..semoga ada keajaiban akan berlaku walaupun doktor telah mengesahkan adik Mohd Amin Fahmi sudah tiada masa lagi ketika ini...kanser yang dihidapinya telah mula memusnahkan organ2 dalaman Angah. Saat ini dia sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser yang dihidapi sejak berumur 2 tahun......Air mata aku ni tetap deras mengalir setiap kali membaca post2 dan gambar Angah walaupun tak pernah bersua muka. Perasaan sayang dan kasih pada mujahid syurga ni hadir sejak mngikuti FB ibu dan ayahnya yang begitu kuat dan tabah. 
 
Semoga berlaku keajaiban anugerah Allah buat ANGAH! Ya Allah....selamatkanlah Angah dalam perjuangannya melawan KANSER! Hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk Angah. Dah tak tertahan rasanya melihat penderitaan Angah.


 status terkini Angah sehingga entry ini ditulis.


 # untuk makluman, Angah kini berusia 6 tahun. In a sad mood....:(

2 ulasan:

mama_zahrafiq berkata...

salam..
nak minttak tlg gtau fmly angah petua utk penyakit angah. sy baru dpt tau pagi ni.. kt ofis xleh nk access FB. sy x sure fmly angah dh cuba ke belum petua ni.. dpt dari seseorang yg adiknya juga mengidap cancer darah..
petua: ambil akar pokok bunga kertas, basuh bersih2 pastu potong kecil2 dan rebus dgn tiga gelas air.. rebus smpai air tgl ssegelas sahaja.. lg pekat lg bagus..

:: yuslina berkata...

Salam....

maaf sebab agak lewat reply msg ni...petua dah disampaikan tapi Allah lebih menyayangi Angah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...