Salam..
Seluruh rakyat malaysia tidak dapat menahan pilu. Deraian air mata menjadi peneman setelah sidang media yang dibuat oleh PM Malaysia jam 10 malam tadi. DOA KHUSUS untuk MH370
dari TV AL-HIJRAH malam tadi juga teramat menyentuh hati ini.
Pada
hari ini, kita berkabung dan berdukacita dengan musibah yang melanda
negara. Kehilangan MH370 yang dijangka (assumed) terhempas di Selatan
Lautan Hindi mengorbankan keseluruhan penumpang (sumber berita) dan anak
kapal sewajarnya menjadikan kita lebih menyatu di bawah kepercayaan
kepada kuasa Allah tanpa mengira agama. Sebak menerima berita ini atas
nama kemanusiaan yang membuang senggat-senggat agama, bangsa, warna
kulit mahupun perbezaan fahaman politik yang mengkelas-kelaskan kita
sebelum ini. Redhakan dengan keadaan yang berlaku jika tak mampu
untuk merasai perasaan mereka yang kehilangan. Hormati mereka yang
pergi kerana kita juga bakal pergi nanti dalam keadaan yang belum pasti
lagi bagaimana.
Buangkanlah
ego kita, buangkanlah semua salah sangka, hentikanlah segala sengketa
dan fitnah yang telah terjadi dari musibah ini. Mari satukan
hati kita dengan iman, kita saksikan dan mendoakan semua yang telah
pergi itu dengan iman, bahawasanya mati itu boleh menjemput kita dengan
tidak semena-mena... tanpa kita sangka.Semoga semua yang terlibat, khususnya kaum kerabat yang kehilangan
insan tersayang redha dengan apa yang berlaku. Sama-sama kita berdoa
agar semua yang terlibat mencari turut diberikan keselamatan dan
ketabahan meneruskan pencarian yang amat sukar ini.
******
Kerja yang lebih mencabar selepas ini ialah mencari apa sahaja yang boleh ditemui, khususnya mangsa dan Kita memohon pertolongan Allah agar kerja menyelamat dan mencari berjalan lancar dan dipermudahkan.
Tidak dapat kita bayangkan kesukaran yang bakal ditempuhi oleh pasukan penyelamat selepas ini. Lautan itu amat sunyi, jarang diterokai manusia, kedalaman dimaklumkan antara 5-7 km... ombak setinggi 3 tingkat bangunan, antara 30-50 kaki. Subhanallah.
Ya Allah dengan hati yang amat pilu, kami terima dugaan dan ujian ini. Bantulah, selamatkanlah para perwira kami, mereka yang bertugas dalam Misi SAR yang payah ini.
Jika ada yang sempat menyelamatkan diri, hanya kebesaran Allah sahaja mampu kita harapkan. Lebih 2 minggu tanpa makanan, minuman, terapung dengan ombak laut sebesar itu, dengan suhu sedingin itu.
Apapun, sebagai hamba, kita masih wajib berdoa dengan penuh yakin. Selagi mereka belum ditemui, mari kita doakan kesemua mereka, setidak-tidaknya pasukan penyelamat berjaya menemui jasad mereka, supaya dapat kita beri penghormatan terakhir yang sewajarnya.
Innalillahiwaina Ilaihirojiun
Allahummaghfirlahum...warhamhum...wa'afihi wakfuankum..
Allahummaghfirlaha Warhamha waafihi wakfuanha..
Ampunilah kesemua mereka ya Allah.
Ampuni juga kami yang tinggal,
Dari Mu kami datang, kepada Mu jua kami Dikau kembalikan...
Amin, Amin, Amin Ya Robbal Alaamin..
#Pray for MH370 #Doa untuk MH370
Tiada ulasan:
Catat Ulasan