SAHABAT ALAM MAYA

Rabu, 22 Februari 2012

STATUS FARIS TERKINI (MAMPUKAH DIA KEMBALI TERSENYUM??)


ASSALAMUALAIKUM....


Alhamdulillah...menurut ayah Faris, petang isnin kelmarin Faris telah mampu membuka mata dan menganggukkan kepala. "Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris"....kata abah menerusi FB miliknya.

gambar Faris petang isnin

Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan....

Gambar terbaru yang direkodkan adalah selepas adik Faris menjalani chemo kali ke-4 petang semalam.


Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'. Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.
Setelah 21 hari faris dimasukkan ke SJMC, bil rawatan telah mencecah hampir RM100,000.00.
Status terbaru di FB abah pagi ni pula menyatakan Faris dalam keadaan kritikal. Oksigen ke tubuhnya telah drop ke 28%. Ya Allah, kau tabahkanlah hati sahabatku dan keluarga.


Just imagine...if we are in their shoes....Tak salah kita berkongsi masalah menerusi medium ini. Jika ada yang sudi membantu, silakan. Jika kita tidak mampu, doakan agar adik Faris segera sembuh.
Yang baru mengetahui tentang kisah ini, boleh baca kat sini DOAKAN KESIHATAN ADIK FARIS.



1 ulasan:

Azza Afdzal berkata...

Ya Allah kesiannya dye :)

Semoga dye cepat sembuh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...