SAHABAT ALAM MAYA

Khamis, 23 Jun 2011

pelik lah....kenapa mcm nih????


Anda Berada Dalam Kawasan Menutup Aurat

Serius, entah kenapa dan apa punca dunia jadi macam ni.
Padahal zon menutup aurat tu keluasannya satu ukur lilit bumi.
Bukannya ada sikit-sikit tempat.
Sejak bila ada kawasan tertentu untuk buka aurat?
Kalau melepasi zon ini boleh buka aurat balik?
Jadi, kenapa perlu untuk tutup aurat di zon ni?
Kenapa jadi begini ya? Salah siapa sebenarnya?

 Inspirasi entri ini terbit setelah yus tiba2 teringat program tanyalah Ustaz TV9 jam 7.30 pagi di satu pagi. Tajuknya ialah mengenai pengurusan masjid.
Salah seorang peserta tanya kenapa hanya di masjid sahaja ada zon menutup aurat. Ustaz pun menjawab dan bersetuju kenapa hanya di masjid sahaja ada larangan menutup urat.

Untuk orang yang belum islam kalau di UK dan US memang AJK masjid tak melarang mereka untuk menutup aurat. Malah digalakkan mereka datang ke masjid tanpa memaksa mereka pakai pakaian menutup aurat supaya kita boleh sampaikan islam kepada mereka.

Malah zaman Rasulullah dan zaman omar orang belum islam di bawa ke dalam masjid tanpa sebarang masalah. Aurat hanya untuk orang islam. Kalau tak percaya sama-samalah kita yang tak berapa pandai ini rujuklah Sirah rasulullah dan tanyalah Ustaz.

Di malaysia ini kadang-kadang AJK masjid yang tidak dilantik oleh orang ramai agak pelik sikit apa yang mereka praktis dalam hal ini. Kalau bukan melayu mereka berlaku tidak adil dalam menyatakan yang hak dan dalam menyampaikan risalah islam.
Tapi ini hanyalah pandangan peribadi yus je...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...