SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 26 November 2012

Apa dah jadi dengan Ultras Malaya???


Assalamualaikum...



Kepenatan yang amat sangat selepas balik dari convoi...nnti aku update pasal convoi tu ye...
so, malam ni sebab penat plus malas, aku menjenguk-jenguk FB jelah...
bila tengok status, sume dok dok citer pasal bola semalam...
MALAYSIA kalah dengan SINGAPURA 3-0 x silap aku.

masa dok menjenguk2 status kat FB tu, tetiba terpandang satu video peminat bola ni tapi kali ni bukan nak citer pasal bola ni sebab aku ni bukan lah kaki layan bola sangat...sekadar ambik tahu jelah...bukan lah fanatik mcm somi aku yang sanggup turun KL kalau ada game. Aku ni, kira support jelah kalau dah itu memang minat dia. Cuma kalau dia ajak aku ikut sekali, memang aku mintak maaf sebab aku x suka sangat suasana bising dan orang ramai2 macam tu...senang citer, aku bukanlah kaki bola....huhuhuhu

Entry malam ni nak citer pasal ULTRAS MALAYA yang satu masa dulu memang aku suka sebab sokongan dorang pada pasukan Malaysia...x kira kalah ataupun menang...penah satu ketika x silap aku, penah aku terbaca dorang sanggup g ke luar negara untuk bagi sokongan padu pada pasukan Malaysia yang beraksi kat sana....siap ada lagu lagi tanda sokongan pasukan tu untuk pasukan bola sepak Malaysia ni..

tapi bila tengok video yang dimuat turun kat youtube ni, memang amat memalukan kita rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa..



 Bagi sesiapa pun jua yang rasa diri mereka rakyat Malaysia, pertama sekali mesti akan rasa begitu malu sebagai rakyat Malaysia apabila terdapat sekumpulan penyokong yang menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya bertindak macam ni. Marah macam mana pun kita, tak patut mencaci dan menghina sedemikian rupa. Mana hilang adat kita??? Mana hilang budi bahasa kita??

Sebagai penyokong setia sekalipun, tak perlu rasanya kita mencaci dan menghina pemain negara jiran dengan mengeluarkan kata-kata hinaan macam ni sekali. Macam mana kalau orang luar menghina negara kita dan pemain kita pula??? aku pasti 100% penyokong setia Harimau Malaya pun akan bertindak jugak kan?? Jadi, sepatutnya sebelum kita melakukan sesuatu, gunakan lah akal fikiran.

Kalau kita tengok hampir 70 % pemain Singapura adalah beragama Islam dan tidak ada dalam mana-mana agama sekalipun yang membenarkan kita mencaci dan menghina orang lain.

Sukan untuk menyatupadukan kita, bukan untuk menjarakkan kita. Kepada rakyat Singapura, ingatlah bahawa ini bukan gambaran keseluruhan rakyat Malaysia. Ini adalah 0.01% rakyat Malaysia yang tidak kenal erti menghormati sensitiviti masyarakat.




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mohon korek telinga lebih sikit.. bkn singapore itu anjing tapi Si Gemok itu Anjing.. I was there next to them so i know what are they chanted. thank you

:: yuslina berkata...

maaf ye Tanpa Nama..

aku ni mungkin bukan peminat bola tapi aku mungkin x salah dengar. aku masih tak pekak. mungkin pada asalnya lagu tu ditujukan untuk "Si Gemuk" tapi bila dah ramai-ramai macam tu lain jadinya.

Kalau ko perhatikan jejaka berbaju biru kat depan tu sebut, perkataan yang keluar daru mulut dia adalah SINGAPORE...bukan si gemok...ye.

x kisah ler ko dok kat situ ke x..., siapa kita nk caci2 orang??

Syaza Ridzuan berkata...

Dah tgk byk kali. Takde pulak dgr 'Si Gemok'..hMM..Musykil2..

Hi! Sy nak invite tuan punya blog dan yg lain2 utk join contest dr blog QIOS. Senang je, cuma cadangkan sambungan nama blog QIOS. Cth, QIOSity. Jom! www.qiostestblog.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...