SAHABAT ALAM MAYA

Jumaat, 30 November 2012

Demam Durian Crepe


Assalamualaikum..

Glemer sungguh duyan crepe sekarang ni. Kat mana-mana kita boleh dengar orang dok citer pasal duyan crepe ni. Kat tempat kerja, kat surau, di kawasan kejiranan, paling rancak kat facebook dan Twitter. Tak silap aku durian crepe ni dah lama orang buat cuma sekarang baru glemer. Tak tahu sapa yang komersial kan dessert ni. hehehe

Kalau tengok harga duyan crepe ni agak mahal la jugak sebab kos duyan tu dan bahan lain agak mahal. Kalau nak murah, boleh je tapi kena buat sendiri dan kurangkan bahan-bahannya. Rasa?? kurang bahan, kuranglah rasenya...tu jer.....biasanya duyan crepe ni orang buat guna duyan D24...memang sedap sebab lemak2 gitu....musang king pun boleh kalau buat untuk diri sendiri...berbaloi la kalau nak makan sendiri tu.

Duyan Crepe ni menarik sebab bentuk durian crepe,macam bantal empuk sesuai dibuat tido hehehhh....Ada warna kuning, merah, hijau...nak buat warna pink, purple pun boleh jugak...atas kita  lah nk warna apa....kalau kita google, macam2 resepi kita boleh jumpa. Tak tahu yang mana satu betul. Alhamdulillah, ada sorang rakan alam maya ni REEN KHAN SHARIF yang sanggup berkongsi resepi yang beliau dapat dari rakannya. Terima kasih banyak-banyak.

 Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.



Bahan utama ialah : Durian.. ambik isi dia je.. biji dia buang.. kecualilah korang nak crepe tu inti dia biji durian.....hihihihi


 ~ ~BAHAN-BAHAN~ ~

3 sudu besar Tepung Hong Kong
 3 sudu besar Tepung Naik Sendiri
2 sudu besar Tepung Ubi Kayu
2 sudu besar Tepung Kastard
2 sudu besar Tepung Jagung
 2 sudu besar Tepung Kentang
 2 sudu besar Tepung Superfine
2 sudu besar Gula Ising
2 biji Telur
1/2 tin susu cair/ fresh milk
Garam secukup rasa
3 sudu teh butter dicairkan
2 cawan air
Sedikit pewarna 
(terpulang pada individu - biasa kuning telur atau hijau untuk durian crepe)




CARA MEMBUATNYA:-
 
 Dalam bekas, masukkan semua tepung (diayak semua terlebih dahulu) dan gula ising.
Kemudian, masukkan susu cair/ fresh milk perlahan-lahan. 
Kacau hingga sebati menggunakan whisker.


 Lepas tu, masukkan pula telor yang dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu..
 telor tu just kacau-kacau gitu je tau, bukan pukul sampai kembang.. 
lepas masukkan telor tu, sila kacau sebati..
Seterusnya, masukkan esen vanilla..kacau lagi..
 Masukkan pula air.. kacau lagi..
 Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau..

 Masukkan pulak sedikit pewarna.. suka hatilah nak letak kaler apa...
biasanya orang guna kaler kuning telur untuk crepe duyan ni.....
last sekali, sedikit garam (ini untuk nak bagi rase sikit pada lempeng kita nnti)

 Last step, sila tapiskan adunan tersebut dan simpan dalam peti selama sejam. 


UNTUK MASAK CREPE:-

 sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. 
panaskan dgn guna api yg kecil.. api jgn besar2 tau, kang cepat hangus lak crepe korang..

  Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan..
  Tuang dgn lemah lembut.. 
bentuk kan adunan menjadi bulat dgn menggunakan bontot senduk tu aje..
 adunan tersebut jangan tebal sangat atau nipis sangat.. just nice org kata..
cara buat, sama macam kita buat lempeng atau pancake tu.

Masak sampai bahagian bawah adunan tu macam nak kering.. kering tau, bukan hangit.. adunan ni JANGAN diterbalikkan masa proses memasak..


 BAHAN UNTUK FILLING:-

note: jangan guna yang biru ye sbb nnti cepat cair...guna brand RICH's je
 
 1 cawan/ 300gm Non Diary Whipping Cream
 (Resepi asal adalah menggunakan fresh cream, tapi disebabkan fresh cream takde, makanya aku gantikan dengan whipping....whipping krim ni dah manis tau, so takyah nak tambah gula bagai..)

 isi durian yang telah dibuang biji secukupnya

Pukul whipping cream dlm mixer hingga kental.


CARA MENGGULUNG CREPE:-

 Memula, letak sesudu kecil krim, isi durian..

  Lapiskan semula dengan krim.. takyah banyak2, nanti payah pulak nak balut..
Lepas tu lipat lagi kiri kanan, atas bawah menyerupai sebiji bantal yang comel.

  Sejukkan dalam fridge sebelum dihidangkan atau macam omputih selalu cakap tu "served chilled" ;)




 cantik gak if nak buat hantaran kan?? ~ tapi lalu ke nak makan if dah berikat cenggini? hikhikhik

yang ni tapau untuk geng wisher merasa...;)


p/s: selain durian, korang boleh jugak gantikan dgn cempedak atau mangga atau strawberry atau betik atau lain-lain buah yang korang nak rasa....coklat pun boleh..



SELAMAT MENCUBA

2 ulasan:

JUJUE AHMAD berkata...

wah..sedapnyer crepe durian..
ni resepi mana ni ek.. nnti leh r jujue nak try wat.. hehe hope menjadi..

:: yuslina berkata...

insha Allah jujue...boleh try resepi ni....cuma utk filling tu ada yang guna tepung kastard..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...