SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 19 November 2012

Boikot McD : Perlu atau Tidak???


Assalamualaikum..


Semuanya bermula dengan isu serangan Israel di Gaza, pemberian 200,000 McD percuma pada hari ni menjadikan FB serta blog2 dipenuhi dengan isu boikot memboikot ni sejak beberapa hari lepas....
FB, twitter dan whatsapp penuh dengan permintaan boikot barangan yahudi sampai naik rimas dibuatnya.




Bila dilihat masih ramai orang Islam yang beratur panjang mendapatkan McD free hari ni, FB dan twitter menjadi medan peperangan dan pertelagahan mengenai isu boikot ini. Banyak pertanyaan timbul, kenapa nak boikot McD jer kalau kita marahkan Israel??? Patutnya boikot semua lah produk2 buatan Israel tu. Facebook, Twitter, Coca-cola, Nestle dan macam2 produk lagi yang ada kat Malaysia ni. Akibat isu ini juga, kawan baik jadi lawan sebab tak sependapat.

Bila ini berlaku, tertanya2 pulak....kita ni Memboikot Zionis Atau Memboikot Sesama Kita...???

Dalam hiruk pikuk dunia membicarakan serangan Israel ke atas Gaza, umat Islam (seperti biasa) sekali lagi berkesempatan untuk berdebat@berperang sesama sendiri dalam memenangi beberapa isu, antaranya:
-Boikot mcD, nestle dll., perlu atau tidak?
-bolehkan menyalahkan Israel, ataukah Yahudi atau Zionis?
-Qunut nazilah, apa hukumnya?
-hukum ziarah dan jalan2 ke Palestin dan hukum menjadi tavel agen ke sana.
-Hukum untuk bersama2 dengan jemaah yang menentang Israel, khawarij atau bukan..
-Dan isu2 lain yang belum disebutkan...

Kita semua ni takde halangan untuk mencari kebenaran, tetapi hendaklah adab2 Islam diutamakan. Jangan memaksakan pendapat ke atas orang lain. Sampaikan dulu, diterima atau tidak itu cerita lain. Ukhuwah sesama kita wajib di jaga, dan setiap pandangan dari orang lain, samada kita setuju atau tidak, tidak boleh dijadikan alasan untuk bermasam muka, tak bertegur sapa apatah lagi memutuskan silaturrahim.

Apa pun juga isu perdebatan kita, hendaklah ia tidak MENGABURKAN atau mengalihkan kita dari isu sebenar iaitu mendaulatkan Islam dan membebaskan Al-Aqsa. Hendaklah kita tetap bersatu hati walaupun pelan tindakan masing2 tidak serupa.

Kita tak boleh paksa orang ikut pandangan kita. Sebelah sini kata haram, sebelah sana kata bid'ah boikot. Yang pasti makan burger McD yang free itu TIDAK HARAM. Kita di sini ada pilihan utk makan atau tak. Walaupun kita boikot tapi kita tak boleh paksa org boikot dan tak boleh mengharamkan benda yg diboikot. Bagi aku setiap orang ada pendapat masing-masing. Nak boikot tak boikot, itu adalah hak individu.

Sometimes, kita pun kena fikir, dalam kita dok mengutuk segala kekejaman yang Israel lakukan,  Kita sesama bangsa seagama pun bergaduh siang malam....for what? Bukan macam Israel jugak untuk kuasa?? Kalau kita kat sini pun asyik bergaduh sesama sendiri, nanti berperang sesama bangsa dan anak- anak kita pun boleh jadi mcm kanak-kanak yg mati di palestin tu....Allah jadikan sesuatu kejadian supaya kita juga jadikan tauladan.

Kita juga jangan nak pandai-pandai bagi hukum dan jangan nak pandai-pandai menghukum orang lain. Nak boikot, itu hak peribadi korang. Ada jugak memandai tulis, kalau makan McD free tu ibaratkan daging burger yang korang makan tu daging saudara mara kita kat Gaza nun...boleh gitu??

Kalau betul kita nak tolong saudara mara kita kat Gaza, derma lah. Kalau dah mampu sangat nak makan McD....dah tentu tentu mampu nak derma kat tabung Gaza. So, kalau concern. Instead of makan McD, apa salahnya derma lah sikit. Yang itu lebih bermanfaat buat dorang kat sana daripada kita dok bergaduh sesama sendiri.

Aku pulak tak boikot McD bukan sebab aku gila sangat makan McD. Tapi sebab aku memang sejak azalinya tak berapa sangat dengan McD. Last sekali makan burger McD pun tahun lepas...itupun makan dengan kengkawan pejabat sebab ada orang belanja. Entah la..

Pada pandangan aku yang tak berapa pandai ni, takde gunanya kita start boikot setakat 2-3 hari atau 2-3 bulan pun kalau McD punya profit jatuh 20%.... then melambung semula lepas 2-3 bulan.... even if profit dorang jatuh 50% to 90%.... they still have 10% profit.. in which they can use to maintain their business for maybe another few years. Ini baru McD alone. tak masuk product-product lain. Coca Cola. Starbucks. Levi’s, Tesco.. macam2 lagi.

so, buat apa kita boikot. boikot was never a good option. unless u’re determined to boycott their product for life. tapi itu pun tak menolong jugak. sebab everyday, ramai budak2 kecik membesar yang mahu cuba mengenali produk2 yahudi ni. kalau kita sorang berjaya boikot McD for life, ada 2 JUTA budak sekolah DALAM MASA SEHARI JE yang baru nak belajar makan MCD dan rasa sedapnye McD. macam aku cakap, ini tak termasuk Coke, Starbucks, ke hape sume tuh.


so boikot bukan solution dia. boikot ini adalah solution untuk NON-MUSLIMS. tapi MUSLIMS ada solution sendiri. solution dia tak pernah berubah. solution dia termaktub dalam al-Qur’an. MALAH SOLUTION DIA ALLAH SENDIRI YANG BAGI DAN DISAMPAIKAN OLEH BAGINDA RASULULLAH. cuma kita yang tak pernah berusaha nak capai solution tu je. Jangan Tinggal Solat. Solat Berjemaah di Masjid. PENUHI RUKUN ISLAM.... itu je solution dia. it always goes back to the root kan?.. RUKUN ISLAM.



## Aku sokong perjuangan Palestine dan aku benci Zionist tapi pada aku, cara yang paling sesuai untuk aku menyumbang dan berjihad adalah dengan menderma semampu boleh dan research bersungguh2 supaya masyarakat dan negara aku nanti akan cukup maju dan kuat untuk melindungi dan memperjuangkan hak2 Palestine.  Honestly, I am a true believer of “there is always a smart way in anything” but never, never I believe in short-cut.



1 ulasan:

Norliza Ismail berkata...

Memang tak setuju bab2 boikot ni. Kadang tu hangat2 tahi ayam je boikot pastu muka yang sama jugak yg beratur kat kaunter mcd. Kalau kita boikot pun yang bekerja kat situ anak2 melayu kita jugak.

Ada sorang ustazah tu yoyo oo je cakap xleh mkn mcd atau kfc sebab bunuh orang islam. Tapi bila terserempak dia tgh beratur beli kfc, terus malu sebab terkantoi. Hahaha...yg boikot tu org yg selalu mkn makanan segera sebenarnya. Kalau yg selalu msk utk keluarga x kisah nak boikot pun. Apa ada hal?

Yuslina kalau senang silalah jenguk blog ni ye.
http://IzaIsmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...