SAHABAT ALAM MAYA

Rabu, 23 November 2011

FRIED CHICKEN WITH CASHEW NUT


Assalamualaikum...

eerrrmmm.....nampaknya kat kuantan nih dah start masuk musim tengkujuh.
Hujan x berhenti2 dua tiga hari nih.....cuaca pun sejuk sampai kat umah bukak kipas pun no. 2 jer...
kalau tidak, mesti kipas pasang, air cond pun pasang...
itulah kita...bila panas berbunyi, sejuk pun berbunyi gak....serba x kena.. 
hujan2 cam gini, perut mesti selalu lapar....tu yang x tahan tuh....asik nak makan jer kejenyer...
balik keje ptg tadi dh terpikir2 nak masak apa.....xde idea langsung....tapi perut lapar lak...
tetiba teringat menu kat horizon garden...hehehehehe

so, inilah jadinyer untuk dinner malam nih...


FRIED CHICKEN WITH CASHEW NUT

Bahan-bahan :

500g isi ayam - dipotong kecil
1 sudu kecil tepung jagung
garam secukup rasa
80g kacang gajus (kat pasaraya biasa jual dlm paket)
5 tangkai cili kering - dipotong
4 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
2inci halia - dihiris
1 biji lada bengala - merah/hijau/kuning (kalau xde, lada besar pun boleh)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1biji tomato - dipotong empat
1/4 cawan air


Cara-cara:
Gorengkan kacang gajus di atas kuali tanpa minyak dalam 2 minit dan ketepikan. Gaulkan isi ayam dengan tepung jagung dan sedikit garam. Gorengkan ayam sehingga masak dan ketepikan.
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia dan lada kering. Masukkan lada benggala, sos tiram, sos tomato, isi ayam dan tomato. Setelah masak, masukkan kacang gajus dan gaul rata.

dah boleh makan bersama nasi panas... 



1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...