SAHABAT ALAM MAYA

Selasa, 22 November 2011

IKAN KUKUS SERAI


Assalamualaikum...

hari nih dah start keje semula...
penat la pulak....rase2 cam malas nak masak sebab dekat2 area umah ada pasar mlm hari nih...
tapi mr hubby kata, kalau pegi sana pun x tahu nak makan apa...
masak jelah yang simple2....at last, ambik keputusan wat ikan kukus jelah...
tapi sebab ikan siakap xde, buat jelah ngan ikan kembung...hihihihi



Bahan-Bahan:

2 ekor ikan kembung
3 batang serai - diketuk
3/4 cawan air (kalau nk kurang kuah, kurangkan air)
2 sudu sos ikan
garam
serbuk perasa
2 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
3 inci halia - dihiris
5 biji cili padi - dipotong kecil
1 biji tomato - dipotong 6
1/2 biji lada benggala (lada besar pun boleh)
daun sup

Cara-cara:
bersihkan ikan dan sapukan sedikit garam. masukkan semua bahan ke dalam kuali. tambahkan garam dan perisa secukup rasa. masak selama 15 minit dan boleh lah dihidang.




2 ulasan:

legacyeqmal berkata...

bakal master chef nih..hehe

::YUSLINA berkata...

chef dapur sendiri jerr...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...