SAHABAT ALAM MAYA

Khamis, 10 November 2011

TIRAMISU


Salam...

baru berkesempatan nak update blog lepas balik raya...
letih dan sibuk....almaklum ler dh start keje...
sebenarnya ni kali pertama try buat tiramisu ni...
resepi pun ambik dari myresepi.com...
seperti yang sedia maklum, bab kuih muih, kek dan biskut2 ni
tangan aku memang "keras" sikit....memang susah nak menjadi...
apapun, try tengok percubaan pertama tiramisu aku yang x berapa nk "kemas" nih...
sebenarnya tiramisu ni dh buat semalam tapi x sempat update entry.


resepi nih aku ambik dari kak umi....minta izin kak umi share resepi ni
maaf ler kalau tiramisu nih comot sikit...huhuhu


Bahan-bahan:

2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers
250g cream cheese/ mascarpone cheese 
150g whipping cream
150g whipped cream
100g gula ising (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
satu cawan (4 sudu) bancuhan air nescafe (tanpa gula)
serbuk koko/ milo/ coklat (untuk hiasan)


Cara-cara:

Pukul cream cheese hingga gebu.
Masukkan gula icing, pukul seketika.
Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.


susunkan biskut tiramisu ke dalam bekas adunan. Kemudian siramkan dengan bancuhan air nescafe.
kemudian masukkan bancuhan cream cheese ke atas susunan biskut tadi. Ulang proses yang sama bagi lapisan kedua. Lepas tu bolehlah taburkan serbuk koko/ coklat/ milo di lapisan atas untuk hiasan.
akhirnya bolehlah ditutup dan disejukkan ke dalam peti ais selama beberapa jam sebelum dimakan. 

tiramisu yang dah siap sebelum disejuk bekukan dalam peti ais

biskut tiramisu yang susah nak cari kat kuantan ni..




Nota: Kalau whipped cream xde, cuma tambah kuantiti whipping cream untuk adunan tersebut.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...