Salam semua
Manusia apabila ia telah Islam tetapi membuang keislamannya itu akan jadi lebih teruk dari binatang yang tak pernah masuk Islam lantas jahil dalam kebinatangannya. Bukan kali pertama, tetapi dah berkali-kali kisah anak mati ditangan "teman lelaki".
Aku fikir, buaya betina sundal pun tak perlu masuk Islam untuk belajar jadi seorang ibu buaya yang baik kepada anak-anaknya. Maka hari ini, semua haiwan akan marahkan "manusia" ini jika kita menyamakannya dengan "binatang". Kerana binatang akan mencemuh kita kerana mereka tidak sebodoh makhluk ini.
sumber: google
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu? Jika ibu yang melahir dan memelihara anak-anak tahu dan sentiasa melangkah ke syurga, maka anak-anak yang mengikuti langkah ibu itu akan ke syurga lah jawabnya. Ibu adalah pusat sumber segala-galanya bagi seorang anak, secara muhkamat maupun mutasyabihat, tersurat mahupun tersirat . Ibu adalah guru nombor satu. Contoh terbaik ialah isteri firaun, Mariam, Siti Hajar, Sayidatina Khadijah dan sebagainya.
Jika ibu bertabiat syaitan, nusyuz, ingkar lagi durhaka, maka langkah ibu begini adalah langkah neraka. Akhirnya anak-anak jagaannya akan turut digiring dan terhumban sama ke neraka juga. Tidak perlu kami hurai panjang kerana akal anda boleh membaca langkah bagaimanakah yang akan membawa ibu dan anak ke neraka. Contoh yang jelas ialah isteri Noh a.s. yang ingkar dan membawa anak-anak bersama ke neraka.
ANAK KECIL JADI MANGSA KEKEJAMAN YANG DITAJA IBUNYA
Kes liwat, rogol dan pembunuhan kejam ke atas anak kecil berusia 2 tahun semalam diberitakan juga turut melibatkan ibunya. Sebelum ini juga terlalu banyak berita yang sama, iaitu anak-anak dibunuh oleh teman lelaki ibunya. Sebahagiannya turut di liwat dan dirogol oleh teman lelaki ibunya, termasuk hasil kekejaman Awang Hitam yang dijadikan jantan sewaan pemuas nafsu ibunya.
Belum lagi kita ceritakan hal kesemua kes pembuangan bayi dengan kejam juga oleh kejahilan dan kekejaman ibu sendiri. Ada yang hancur berkecai dibuang dari tingkat empat, ada yang disembelih, ada yang dibiar lemas di sungai, tersumbat di lubang jamban dan lemas di takungan najis terus, Nauzubillah. Itu semua kerja ibu.
PDRM DICEMUH BILA IBUBAPA ANAK DITAHAN
Ramai ibubapa yang turut di tangkap dan didakwa dalam kes-kes yang melibatkan jenayah melibatkan anak kecil yang diperlakukan kejam. Ramai yang memarahi keputusan PDRM kerana konon tidak berhati perut, tidak bersimpati dengan musibah yang menimpa ibu bapa tersebut. Habis segala ketidak puasanan hati akibat kena saman parking dan langgar lampu isyarat pun diungkit sama.
Tapi kita perlu ingat, PDRM juga yang memberi khidmat nasihat dan maklumat tentang jenayah keluarga, juvana, dadah dan keselamatan negara kepada kita. Mereka juga yang tolong tolak kereta ibu-ibu yang rosak di tengah jalan, atau tolong belikan petrol kereta yang kehabisan minyak. Sebahagian mereka mengherdik, sebahagian lain datang membantu. Kita cuba fikirkan secara akademik, fikir positif untuk menenangkan hati. Jika penganiayaan dari PDRM terlalu berat, kita serah saja kepada bahagian tatatertib PDRM Bukit Aman atau SPRM.
Dalam kes penangkapan ibu bapa yang melibatkan kes jenayah kekejaman terhadap anak ini aku rasa komen yang menghentam PDRM lebih bersifat emosional. Bagi aku, PDRM ada SOP dalam menjalankan tugas. Mereka tidak boleh memasukkan sentimen kekeluargaan, perkauman, politik malah agama dalam urusan mereka. Jadi kita kena juga faham sedikti sebanyak tentang etika kepolisian sebelum menghambur kemarahan kita. Dalam banyak hal dengan jujur kami fikir kita harus beri penghargaan kepada kejayaan PDRM dalam menangani jenayah, khasnya jenayah berat.
DOSA IBU TANGGUNGAN BAPA TAPI BUKAN SEBALIKNYA
Jika kita tengok ulasan2 di FB berkaitan berita sedih kes liwat, rogol dan pembunuhan kejam anak 2 tahun semalam, ada ratusan ribu pembaca. Ironinya ramai yang tersentuh adalah dari kalangan wanita. Di mana kaum Adam yang semacam tidak begitu perduli?
Ingatlah wahai suami/bapa, setiap dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak, anda akan turut dipersoalkan dan turut menanggung dosanya. Untuk para isteri dan ibu, ingin kami kobarkan semangat kalian. Teruskan mencari pedoman.
Penguatkuasaan undang-undang terhadap jenayah kejam yang berterusan ini hanya bersifat pengawalan saja. Ia tidak akan menghapusnya kerana spesis ini telah bercambah dan melata dan sedang menunggu mangsa seterusnya. Kita semua ada tugas berat untuk menggantikan habitat penjenayah ini dengan mendidik anak-anak generasi kita. Itu saja jalan keluar yang bersifat kekal untuk mewujudkan suasana syurga yang selamat untuk kita tinggalkan anak cucu kita hidup di dalamnya.
TANPA QURAN KITA MENGANIAYA DIRI SENDIRI
Kita masih kalut mengurus diri, keluarga, masyarakat dan negara. Perpecahan, jenayah, penindasan malah peperangan semakin berleluasa. Padahal Allah sudah hadiahkan manual kehidupan terhebat dan paling tepat utk kita guna. Cuma kita terlalu sombong, tidak MENSYUKURI dan menghargainya.
Surah An-Naml, 73:وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَDan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai "kurnia yang besar" kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri.
Janganlah kita tipu diri sendiri. Mengaku kalah sahajalah kita dengan kekuasaan, kebijaksanaan Allah yang telah meminjamkan kebijaksanaan itu melalui kitabnya kepada kita. Berhentilah kita dari terus menerus menunjuk pandai, masih berdegil untuk terus menggunapakai kaedah yang kita reka sendiri, kaedah yang selama ini kita guna dan terbukti gagal untuk menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.
Janganlah kita tipu diri sendiri. Mengaku kalah sahajalah kita dengan kekuasaan, kebijaksanaan Allah yang telah meminjamkan kebijaksanaan itu melalui kitabnya kepada kita. Berhentilah kita dari terus menerus menunjuk pandai, masih berdegil untuk terus menggunapakai kaedah yang kita reka sendiri, kaedah yang selama ini kita guna dan terbukti gagal untuk menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.
Surah An-Naml, 74:وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَعْلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَDan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar mengetahui 'apa yang disembunyikan' oleh hati mereka dan apa yang mereka nyatakan.
Surah An-Naml, 75:وَمَا مِنْ غَائِبَةٍ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍTiada sesuatupun yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan dalam kitab yang jelas nyata.
Pedoman utk urusan atasan/langit/pemimpin dan bawahan/bumi/rakyat semua Allah tahu dan sudah Allah ajarkan dengan sempurna kepada kita melalui nabi SAW. Buruk baik nasib kita telah ditentukan oleh kitab itu. Jika kita berbuat mengikut manual itu, maka Allah sudah tentukan nasib kita PASTI lebih baik. begitulah sebaliknya.
Semuanya telah jelas tertulis dan disempurnakan ajaran dan perlaksanaannya kepada kita melalui Rasulullah saw. Dalam khutbah wida' diberitahu yang Baginda juga sudah sampaikan seluruh risalah itu. Semua yang kita perlu tahu sudahpun Allah beritahu dalam kitab yang jelas (mubiin), yang telah diwariskan kepada kita.
KESIMPULAN
Allah sudah lakarkan kaedah pengurusan alam ini kepada manusia melalui kitabnya. Di situ ada Allah sebagai pengatur yang ghaib, ada Malaikat yang mencatit, yang menjalankan fungsi tanpa kepentingan dan penuh taat, adanya nabi yang menerima berita besar (An-naba’) untuk Nubuwah mereka, ada rasul yang mendapat kebenaran (siddiq) dari berita besar lalu membawa amanah menyampaikan risalah itu dengan bijaksana dan ada umat manusia yang taat untuk mendengar dan melaksanakan segalanya.
Allah itu Maha Mendengar, Maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Tapi sistem Allah memerlukan Malaikat untuk mencatit dan melapurkannya, memerlukan rasul dan manusia untuk menjadi kakitangan di bumi melaksanakan perintahnya. Jangan kita jadi jumud meminta Allah melihat dan melakukan segalanya untuk kita, yang terus menerus duduk atas sejadah memuji dan memuja saja. Di ruang tamu anak kita kena perkosa pun kita masih atas sejadah lagi. Tiada fungsi malaikat yang mencatit dan melapur, tiada abal hakam yang menghukum dengan hukum Allah.
Bila hukum hakam telah Allah jelaskan dan minta kita menghukum dengannya, sering kita kata biarlah Allah saja yg menghukum… janganlah kita ambil kerja Allah. Lalu kemungkaran yang terlalu banyak berlaku depan mata, kita tengok dan biarkan saja.
Kalau begitu tentu kita masih tidak jelas. Ada lompong kefahaman tentang kitab kita sendiri. Samada tidak sudi baca berulang-ulang/TADARUSkan kemudian TAFAKURkan, TADABBUR dan TABAYYUNkan atau bagaimana agaknya? sehingga kitab itu sudah tidak jadi mubiin/jelas pada kita.
Surah An-Naml, 77:وَإِنَّهُ لَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.
Ayuh cari pedoman dari kitab yg terang DAN lurus penjelasannya, agar ada petunjuk dan peta dalam perjalanan kita. InsyaAllah kita tidak bingung untuk mulakan perjalanan atau tidak kita terus menerus sesat dan kecundang dalam perjalanan hidup kita. Hargailah surat surat Allah, yang menjadi tanda cinta kasih dan pemurah (ArRahman) nya Allah kepada kita.
QS 17. Al Israa' 36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
QS 10. Yunus 36. Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
QS 36. Yaasiin 6. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.
QS 17. Al Israa' 14. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu."
15. Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah, maka sesungguhnya itu untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul.
Telah Allah jelaskan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu berusaha mengubahnya. Kita hanya perlu menggunakan manual Allah sepenuh-penuhnya untuk berjaya mengubah nasib kita. Itu cara Allah membantu kita. Allah katakan bahawa bencana dari kezaliman si jahil dan yang degil tidak mengira mangsa, ia akan turut menimpa kita semua.
DENGAN PENUH KESAL DAN BERDOSA, MARI KITA HADIAHKAN “ALFATIHAH” DAN DOA TULUS BUAT SEMUA MANGSA YANG TIDAK BERDOSA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan